KUCHING: Seorang wanita berusia 55 tahun mengalami kerugian RM1.18 juta apabila menjadi mangsa penipuan penyamaran menerusi panggilan telefon akibat terpedaya dengan dakwaan kononnya dia terlibat dengan jenayah berkaitan pengubahan wang haram.
Menerusi laporan polis yang dibuatnya semalam, pekerja teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta di Bintulu itu memaklumkan dia menerima panggilan telefon pada 22 Mei lepas daripada seorang lelaki tidak dikenali dari Putrajaya yang mendakwa mangsa ada mendaftarkan nombor telefon di Kota Kinabalu, Sabah untuk memfitnah Kementerian Kesihatan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata panggilan berkenaan kemudian disambungkan kepada dua individu kononnya pegawai berpangkat bernama "Sarjan Wong" dan "Inspektor Khoo" dari Kota Kinabalu yang mengatakan mangsa terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram.
"Setelah itu, mangsa dimaklumkan oleh suspek bahawa Bank Negara mahu memeriksa wang mangsa dan mangsa dikehendaki membuka akaun bank baharu atas nama mangsa dan memindahkan wang milik mangsa ke akaun baharu itu bagi tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Akibat panik, Mohd Azman berkata mangsa telah membuka tiga akaun bank yang berbeza di Bintulu pada 23 Mei dan 9 Jun serta memindahkan wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan banknya, masing-masing berjumlah RM881,000 dan RM300,000 ke dalam akaun bank baharu.
Menurutnya, wanita itu turut diarahkan oleh suspek kononnya "lnspektor Khoo" untuk memberikan maklumat akaun bank baharu itu berserta nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian kepada suspek.
"Mangsa juga dikehendaki untuk mematahkan dan membuang ketiga-tiga kad ATM tersebut. Mangsa hanya menyedari tertipu setelah memberitahu perkara itu kepada suaminya serta menghubungi pihak bank tentang transaksi itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2023
Seorang wanita berusia 55 tahun mengalami kerugian RM1.18 juta apabila menjadi mangsa penipuan penyamaran menerusi panggilan telefon. - Gambar hiasan
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
“Laporan kasino di Forest City fitnah liar, keterlaluan”- MB Johor
Dakwaan itu ulangi persepsi negatif menggagalkan pembangunan Forest City yang pernah dilakukan pihak tertentu pada 2018, tegas Onn Hafiz.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terpedaya skim simpanan tetap
Seorang warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.
Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu syarikat pelaburan tidak wujud
Mangsa berusia 41 tahun itu dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang mengandungi tip serta informasi berkaitan saham Malaysia.
Polis Thailand bongkar sindiket penipuan, dua rakyat Malaysia antara yang ditahan
Polis Thailand membongkar operasi sebuah sindiket penipuan dan menahan sembilan suspek termasuk dua rakyat Malaysia yang didakwa memperdaya lebih 50 mangsa penipuan pelaburan.
Warga emas kerugian RM173,500 diperdaya 'phone scam'
Mangsa terima panggilan daripada seorang individu menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan meragukan, sebelum talian disambungkan kepada 'polis'.
Peniaga warga emas rugi lebih RM130,000 terperdaya pelaburan bitcoin
Mangsa telah menyertai pelaburan itu serta belajar mengenai pelaburan bitcoin daripada individu dikenali sebagai Small Strawberry secara dalam talian.
Lima golongan berduit di mata scammer
Golongan wanita di negara ini direkodkan sebagai paling ramai menjadi mangsa penipuan dalam talian atau scammer.
Warga emas rugi hampir RM200,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan "Navicap".
Penjawat awam di Miri rugi RM12,000 akibat Love Scam
Mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.
Peniaga kedai makan rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan bitcoin
Seorang peniaga kedai makan kerugian lebih RM400,000 akibat terperdaya dengan penipuan pelaburan mata wang digital bitcoin di Facebook.
Tukang masak didenda RM10,000 alih wang lebih RM100,000 ke dalam akaun bank
Ng Kah Lun, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.